Hakikat jin dan syaitan

Kewujudan jin dan syaitan merupakan suatu kenyataan yang jelas yang tidak boleh dinafikan. Walaupun pandangan manusia tidak mampu melihat jin dan syaitan, ia bukanlah bukti yang dapat menafikan kewujudan mereka. Berapa banyak perkara-perkara yang di sekeliling manusia yang tidak mampu dilihat, seperti angin dan pancaran, tarikan graviti, tarikan magenet dan juga gelombang bunyi, semua itu tidak dapat dilihat tetapi dengan ilmu ia dapat dibuktikan kewujudan semua itu tanpa melihat dengan mata semata-mata. Bilamana manusia jahil mengenali hakikat dirinya, maka mustahil mereka dapat menguasai dan mengenali ilmu perciptaan yang indah dan hebat ini.