BACAAN YASIN

Iblis di kalangan yang di tangguhkan kematian

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Iblis berkata,”Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang telah engkau ciptakannya dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.” Allah berfirman,”(Baiklah)maka sesungguhnya engkau termasuk yang diberikan penangguhan.”

Surah al-Hijr_ayat:36-37

Ayat di atas merupakan permintaan iblis laknatullah supaya Allah s.w.t menangguhkan kematiannya sehingga ke hari kiamat. Dengan permintaan yang sedemikian itu, iblis mempunyai masa yang panjang untuk menyesatkan sebilangan besar anak adam a.s dengan mangajak mereka melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t, memasukkan perkara-perkara syubhah ke dalam urusan-urusan agama dan menyeleweng mereka daripada kebenaran.

Dengan sebab dengki yang kuat di dalam diri iblis maka Allah s.w.t telah menghalau dan mengeluarkannya daripada rahmat dan mengeluarkannya daripada syurga. Oleh itu, tersimpan perasaan jahat di dalam diri iblis dengan memusuhi nabi Adam a.s. Iblis mengetahui bahawa dia tidak mampu untuk menyesatkan hamba-hamba Allah yang soleh, tetapi dia mempunyai peluang untuk menyesatkan sesiapa yang Allah s.w.t kehendaki. Ibn ‘Abbas r.a pernah berkata,“Sesungguhnya Allah s.w.t memberi penangguhan kepada iblis sehingga tiupan sangkakala pertama, sedangkan iblis memohon penangguhan sehingga tiupan kedua iaitu semasa Allah s.w.t membangkitkan manusia, tetapi Allah s.w.t telah menafikan permohonan tersebut.”

Tatkala iblis dihalau daripada syurga dia telah menetapkan pekerjaan yang akan dilakukannya, dan menjelaskan cara bagaimana menyesatkan manusia.

firman Allah s.w.t:

“(Iblis)menjawab,”Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus.” Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari depan, belakang, kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”

Surah al-Hijr_ayat:16-17

Ini bermaksud bahawa iblis mendatangkan was-was kepada manusia tentang akhirat, mencintai dunia, was-was tentang akhirat dan perasaan sedap melakukan perkara-perkara maksiat.

“Sesungguhnya syaitan menghalang manusia dengan caranya. Dia menghalang manusia dengan cara islam, Maka kata syaitan: Adakah kamu ingin mejadi islam sedangkan kamu meninggalkan agama kamu dan agama nenek moyang kamu? Lalu manusia itu tidak mengendahkannya dan menjadi islam, Nabi bersabda: kemudian syaitan menghalang manusia melalui cara hijrah, maka tanya syaitan: Apakah engkau mahu berhijrah dan meninggalkan bumi dan langit kamu?Dan sesungguhnya orang yang berhijrah itu seperti kuda yang diikat dengan tali untuk menjagnya, lalu manusia mengabaikannya dan berhijrah. Kemudian syaitan menghalang manusia dengan cara jihad, jihad hawa nafsu dan harta, lalu syaitan bertanya: Apakah kamu akan berjihad kemudian kamu membunuh dan selepas itu berkahwin dengan wanita, dan kemudiannya membahagi harta??Sabda rasul s.a.w; manusia juga tidak mengikutinya dan berjihad.

Sabda rasulullah s.a.w: Maka sesiapa di antara mereka yang melakukan itu semua dan kemudiannya mati, Adalah Allah s.w.t berhak memasukkannya ke dalam syurga, dan sekiranya dia dibunuh, Allah s.w.t berhak memasukkanya ke dalam syurga, dan sekiranya dia tenggelam, maka Allah s.w.t memasukkannya ke dalam syurga, ataupun tunggangannya mematahkannya_mencampakkannya lalu mematahkan lehernya_adalah Allah s.w.t berhak memasukkannya ke dalam syurga”.

Sesungguhnya iblis bergantung kepada anak Adam, dia mendatanginya melalui depan, lalu memberitahu bahawa kebangkitan semula, syurga dan neraka tidak berlaku. Dan dia mendatanginya melalui belakang menceritakan tentang urusan dunia lalu menghiasinya dan menyeru anak Adam kepada dunia. Dan dia mendatangi anak Adam melalui kanan iaitu kebaikan-kebaikan lalu menggoda supaya melambatkannya, kemudian melalui kiri lalu menghiasi kejahatan-kejahatan dan perkara-perkara maksiat dan menyerunya ke arah itu, dan menggoda untuk melakukannya. Iblis mendatangi anak Adam dari semua sudut melainkan dari sebelah atas kerana iblis tidak mampu menghalangi rahmat Allah s.w.t kepada manusia melaluinya. Oleh itu, Kita berlindung dengan Allah s.w.t daripada godaan-godaan iblis dan kuncu-kuncunya yang terdiri daripada syaitan jin dan manusia.


Bahasa jin dan syaitan

Kita tidak menemui bahasa yang khusus bagi jin dan syaitan, oleh itu kita tingggalkan perkara ini kepada Allah s.w.t dan ahli bijak pandai. Kalau dilihat, burung, semut bahkan semua makhluk-makhluk yang hidup mempunyai bahasa masing-masing yang difahami sesama mereka, maka semestinya jin dan syaitan mempunyai bahasa. Allah s.w.t menceritakan kisah iblis berdialog dengan Adam a.s dengan firmanNya yang bermaksud;

Kemudian syaitan membisikkan (fikiran jahat) kepadanya dengan berkata,”wahai Adam! Mahukah engkau aku tunjukkan kepadamu pohon keabadian (khuldi) dan kerajaan yang tidak akan binasa?”(Surah Ta_ha: ayat 120)

Allah s.w.t menceritakan tentang peristiwa nabi Allah Sulaiman meminta di kalangan rakyatnya yang mampu membawa istana Balqis iaitu raja wanita negeri Saba’. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Telah berkata Ifrit daripada kalangan jin, “Aku akan membawa kepadamu (istana Balqis) sebelum kamu bangkit daripada tempat dudukmu”(Surah al-Naml: ayat 39)

Allah s.w.t juga membawa satu kisah mengenai jin daripada puak Nasbin menyampaikan firman Allah s.w.t kepada kaumnya yang bermaksud;

Katakanlah(wahai Muhammad) “Telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengar(bacaan), “Lalu mereka pun berkata, “Kami telah mendengar bacaan yang menakjubkan(al-Quran)”(Surah al-Jin: ayat 1)

Daripada ayat-ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa jin mempunyai bahasa yang bermacam-macam. Kita melihat iblis berdialog dengan bapa kita Adam a.s dalam bahasa yang difahami oleh baginda, begitu juga syaitan-syaitan berdailog dengan nabi Sulaiman a.s dengan bahasa yang difahami oleh baginda dan syaitan, dan puak jin nasbin berdialog dengan kaum mereka bahawa mereka telah mendengar suatu kitab yang telah diturunkan kepada nabi Musa a.s menunjukkan bahawa mereka memahami bahasa al-Quran dan Tawrah.

Orang-orang arab banyak menyebut tentang kisah-kisah yang berlaku di antara mereka dan jin, samada di zaman jahiliah ataupun ketika islam. Mereka menganggap bahawa penyair-penyair menerima syair arab fasahah daripada jin. Setiap penyair menerima syair melalui ilham syaitan yang menghembuskannya ke dalam hati mereka.

Kalau diperhatikan bahawa iblis dan zuriatnya bergantung kepada anak Adam untuk menipudaya mereka. Oleh itu, mereka mestilah memahami dan mempunyai kemampuan bertutur bahasa-bahasa manusia. Jika tidak, macamana mereka mampu menyesatkan orang yang Allah s.w.t kehendaki disesatkan. Syaitan menggoda orang-orang hindi dengan bahasa hindi, orang-orang cina dengan bahasa cina, dan begitu juga bangsa-bangsa lain dengan bahasa-bahasa mereka. Inilah saja yang dapat diputuskan. Oleh itu, siapa-siapa yang mempunyai pengetahuan yang lebih tentang masalah ini ataupun ingin membetulkan apa yang telah ditulis, dipersilakan. Kebenaran itu hanya muncul selepas membuat analisis.

 

Di antara sifat-sifat syaitan

Beberapa ayat al-Quran telah menjelaskan sifat-sifat syaitan yang tercela, di antaranya;

1-”Takabbur

Allah s.w.t menyifatkan iblis laknatullah dengan sifat ini kerana iblis menganggap dirinya lebih baik daripada Adam a.s. Dia enggan dan takabbur apabila diperintah oleh Allah s.w.t supaya sujud kepada Adam a.s. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)

2-”Sombong dan keras kepala

Kedua-duanya merupakan sifat iblis sebagaimana Yang Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)

Ini menunjukkan bahawa kekufuran iblis bukanlah kerana kejahilan bahkan kekufurannya kerana keras kepala dan sombong.

3-“Laknat

Dilaknat lagi tersingkir dan jauh dari kebaikan, dan iblis juga merupakan yang pertama dilaknat dan disingkir dari rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t;

(Allah) berfirman,”Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir”(Surah al-A’raf: ayat 18)

4-“Menggoda(al-Waswasah)) dan memperdaya”

Al-Waswasah ialah percakapan hati yang dibisikkan oleh syaitan yang tidak ada kebaikan dan manfaat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup.Dan (syaitan) berkata,”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(dalam syurga)”(Surah al-A’raf: ayat 20)

Ayat di atas menjelaskan sifat iblis dan hasad dengki terhadap Adam dan Siti Hawa a.s, dan juga bagaimana iblis berusaha memperdaya, menggoda dan menipu sehingga kenikmatan dan pakaian yang baik dirampas daripada kedua-duanya dan dikeluarkan dari syurga.

5-“Mungkir janji”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sesungguhnya aku adalah penolongmu”. Maka ketika kedua-dua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang sambil berkata,”Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu”(Surah al-Anfal: ayat 48)

Ahli tafsir menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan ketika peperangan badar, di mana iblis berjanji kepada orang musyrikin untuk menolong mereka menentang orang islam, maka tatkala puak islam bersama rasulullah s.a.w berhadapan dengan puak musyrikin, maka iblis pun menyamar sebagai seorang lelaki dan bersamanya tentera, lalu berkata iblis kepada orang musyrikin: Kamu tidak akan kalah hari ini dan aku adalah penolong kamu. Apabila iblis melihat tentera malaikat dia pun berundur dan tidak memberi pertolongan kepada tentera musyrikin, dan juga telah memungkiri janjinya untuk menolong mereka. Allah s.w.t telah memberi kemenangan kepada tentera islam di dalam peperangan tersebut. Di sini jelaslah bahawa iblis adalah pembohong dan pemungkir janji.

6-“menghasut”(Nazgh)

Dalam kamus menyatakan bahawa “Nazgh” ialah mencerca atau menfitnah. Ia juga membawa makna menghasut, membujuk dan membisik(percakapan hati yang tiada manfaat dan kebaikan). Sifat-sifat ini merupakan sifat iblis laknatullah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Setelah Syaitan merosakkan(hubungan) antara aku dan saudara-saudaraku”(Surah Yusuf: ayat 100)

7-“Menjauhkan dan mengakhirkan”(al-Khanas)

Firman Allah yang bermaksud;

(Aku bermohon dengan Allah) daripada kejahatan bisikan syaitan al-Khannas”(Surah al-Nas: ayat 4)

8-“Memperdaya”(al-Gharur)

Kamus ada menyatakan bahawa tipudaya syaitan membawa maksud menipu, menggoda dan membujuk. Firman Allah s.w.t;

maka janganlah kamu sekali-kali terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah”(Surah Luqman: ayat 33)

9-“Tipudaya”(al-Kayd)

Ia membawa maksud tipu dan jahat seperti melakukan pembohongan dan membuat helah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

maka perangilah penolong-penolong syaitan (kerana) sesungguhnya tipudaya syaitan adalah lemah”(Surah al-Nisa’: ayat 76)

10-“Memukul dengan kuat(merasuk) dan menyentuh(menggilakan)-(al-Khabt dan al-Mass)

Ia bermaksud menyentuh manusia dan menyakitinya(merasuk). Allah s.w.t menyifatkan pemakan riba seperti orang yang dirasuk syaitan apabila bangkit dari kubur. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Pemakan-pemakan riba itu tidaklah mereka itu bangkit(dari kubur) melainkan seperti bangkitnya orang-orang yang dirasuk syaitan”(Surah al-Baqarah: ayat 275)

11-“Sihir dengan meniup(al-Nafth)

Firman Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

(Aku berlindung dengan Allah) daripada tukang-tukang sihir yang meniup pada ikatan-ikatan”(Surah al-Falaq: ayat 4)

Dalam satu doa yang ma’thur diajar kepada kita membaca doa ini yang bermaksud;

“Ya Allah…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan, tiupan dan ludahannya”

12-“Syaitan laki-laki dan perempuan”(al-Khubth dan al-Khabaaith)

Dalam kamus menjelaskan jahat(al-Khubth) lawannya baik(al-Toyyib). Satu doa yang ma’thur mengajar kita membacanya ketika memasuki tempat buang air(kecil ataupun besar) iaitu yang bermaksud;

Aku berlindung dengan Engkau ya Allah…dari kejahatan syaitan betina dan jantan

Disifatkan dengan yang demikian kerana syaitan mengintai untuk memudaratkan manusia di tempat-tempat yang kotor.

13-“Menggoda”(al-Hamz)

Nabi s.a.w menjelaskan bahawa makna godaan syaitan dengan kematian iaitu menggoda manusia sehingga menjadi gila kerana terhasil daripada godaannnya. Dalam al-Quran ada menyebut yang bermaksud;

Dan katakanlah, Ya Tuhanku…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan-syaitan”(Surah al-Mukminun: ayat 97)

Maknanya Aku berlindung dengan Engkau daripada bisikan syaitan dan godaannya daripada mengingati Allah s.w.t. Dalam suatu hadis menceritakan bahawa rasulullah s.a.w memohon perlindungan dengan Allah s.w.t daripada godaan syaitan, fitnah dan bisikannya.

 

Jin dan syaitan menurut bahasa

Nama jin, iblis, jaan dan jinnah disebut di dalam nas-nas al-Quran, hadis-hadis nabi dan juga syair-syair arab. Berpandukan kamus-kamus bahasa kita dapat takrifkan nama-nama tersebut seperti berikut:

1-”Iblis”
Ia adalah dikenali sebagai musuh Allah s.w.t. Menurut kamus Muhit kalimah iblis diambil daripada kalimah “ablasa” yang bermakna putus asa dan bingung dan menurut kamus al-Misbah al-Munir pula ianya bermakna putus asa daripada rahmat Allah s.w.t. Dengan kalimah “ablasa” lahirnya kalimah iblis. Nama sebenar iblis ialah ‘Azazil.

2-”Al-Syayton
Nama ini juga dipanggil terhadap iblis, keturunan dan penolong-penolongnya. Nama ini menunjukkan kepada sombong dan bermaharajalela. Kalimah ini diambil daripada kalimah “syatona” yang membawa maksud jauh daripada kebaikan, atau diambil daripada kalimah “syaato” yang bermakna musnah, ataupun daripada kalimah “syaato” yang bermaksud terbakar. Dinamakan syaitan ialah kerana jauhnya dia daripada kebenaran dan bermaharajalela.

3-”al-Jin“-”al-Jaan“-”al-Jinnah
Lawan bagi jin adalah manusia dan dia dikenali dengan jin kerana sifatnya yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Jaan adalah bapa kepada segala jin dan kalimah jaan juga dipanggil kepada ular yang berwarna putih. Adapun kalimah “jinnah” yang terdapat di dalam al-Quran adalah malaikat. Ahli tafsir menyatakan bahawa kalimah “jinnah” yang terdapat di dalam surah al-Saffat ayat 158 adalah dirujuk kepada malaikat kerana orang-orang kafir mendakwa bahawa malaikat adalah anak-anak perempuan Allah.

4-”al-’Ifrit
Ia merupakan jin yang jahat dan kalimah ifrit telah disebut di dalam al-Quran yang bermaksud
Telah berkata ifrit aku akan bawanya(istana Balqis)sebelum kamu bangkit daripada tempat duduk kamu“(surah al-Naml:ayat 39)

5-”al-Maarid dan al-Mariid
Kedua-dua nama ini digelar kepada jin yang jahat lagi derhaka dan kedua-duanya telah disebut di dalam al-Quran yang bermaksud

Yang mereka sembah selain Allah itu,tidak lain hanyalah berhala,dan dengan menyembah berhala itu mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang derhaka“(surah al-Nisa’:ayat 117)

dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya)dari setiap syaitan yang sangat derhaka“(surah al-Saffat:ayat 7)

6-”al-Toghut
Nama ini dipanggil kepada tukang nujum di kalangan manusia dan juga kepada setiap yang membawa kepada kesesatan, ianya juga digelar kepada syaitan. Sebutan kalimah toghut ini didapati di dalam surah al-Baqarah, al-Maaidah, surah al-Nahl dan surah al-Zumar.

Dalil akal yang menunjukkan kewujudan jin

Imam al-Mawardi telah menyebut di dalam kitabnya “A’lam al-Nubuwwah” dengan memaparkan pembicaraan tentang jin dan syaitan untuk menolak dakwaan orang yang menginkari kejadian jin. Al-Mawardi membawa dua bukti untuk orang yang tidak beriman dengan dalil syarak iaitu dalil naqli dan aqli . Perbahasan yang dibawa oleh beliau merupakan suatu perbahasan yang bernilai kerana ianya berkaitan dengan tajuk ini. Beliau mendahulukan dalil naqli dengan katanya bahawa jin merupakan makhluk yang berada di alam yang berbeza dengan manusia yang mampu bercakap. Mereka makan dan minum, bernikah kahwin dan mati tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bahkan berbeza perbuatan dan tinggalan-tinggalan melainkan orang yang diizin oleh Allah s.w.t melihat mereka. Manusia mengenali jin melalui kitab-kitab ketuhanan dan tanda-tanda tinggalan mereka.

Firman Allah s.wt yang bermaksud;
Dan sesungguhnya Kami(Allah s.w.t)telah menciptakan manusia(Adam a.s)dari tanah liat yang kering(yang berasal)dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum(Adam)dari api yang sangat panas”(surah al-Hijr: ayat 26-27)

Para ulamak bersepakat bahawa jin itu beranak-pinak dan mati, dan ada di antara mereka yang beriman dan ada juga yang kafir, tetapi mereka(para ulamak)berselisihan tentang syaitan. Ada di antara mereka berpendapat bahawa syaitan-syaitan adalah jin-jin kafir, beranak pinak dan mati. Ada juga di antara mereka berpendapat bahawa mereka bukanlah jin tetapi anak iblis.

Dalil-dalil akal dan hujah-hujah secara kias dapat mengatasi manusia yang menginkari dan tidak beriman dengan kitab-kitab Allah s.w.t tentang kejadian jin. Allah s.w.t mencipta alam dengan empat jirim sebagai pangkal dan penyebab kejadian alam yang hidup ini iaitu tanah, air, angin dan api. Alam ini terbahagi kepada dua iaitu atas dan bawah. Alam yang bawah dijadikan dari dua jirim iaitu tanah yang diduduki oleh haiwan dan air yang diduduki oleh ikan-ikan. Kedua-duanya berada di bawah kerana air dan tanah terletak di bawah, dan adanya ikan dan haiwan kerana adanya air dan tanah. Alam yang satu lagi juga mempunyai dua jirim iaitu angin dan api. Kejadian malaikat kekal daripada cahaya dan jin daripada api. Oleh kerana kedudukan angin di tempat yang tinggi, maka ianya layak bagi alam malaikat yang dijadikan daripada cahaya. Mereka tidak akan turun ke bawah melainkan dengan perintah Allah s.w.t dan mereka juga tidak dapat dilihat dengan mata melainkan dengan izin Allah s.w.t. Satu lagi jirim iaitu api yang pada asalnya berada di bawah, maka ianya adalah alam bagi jin kerana kekadang mereka berada di bawah dan kekadang di atas. Oleh kerana jisim mereka yang ringan maka mereka tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan dengan izin Allah s.w.t.

Inilah apa yang dibawa oleh al-Mawardi tentang perkara ini tanpa kupasan yang lengkap. Perbahasan yang dibawa oleh beliau layak dijadikan sumber kerana beliau merupakan seorang yang alim dan terkenal kedudukannya di kalangan para ulamak.

Penjelasan al-Quran tentang kewujudan jin

Agama-agama samawi berpesendapat bahawa jin dan syaitan itu wujud dan mampu memberi kesan kepada jiwa-jiwa dan fizikal manusia. Para cendiakawan moden telah mula menyelidiki tentang perkara-perkara yang berada disebalik alam semulajadi ini untuk menghasil dan mendapatkan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wujudnya hantu-hantu di dalam kapal-kapal perang, istana-istana lama, rumah-rumah yang tidak berpenghuni dan juga di tempat-tempat lain yang menunjukkan wujudnya hantu-hantu dan makhluk-makhluk halus. Ini semua bagi membuktikan kepada kita bahawa alam yang kita lalui ini dipenuhi dengan perkara-perkara pelik dan ajaib. Jika dilihat, bagaimana Allah s.w.t mempermudahkan urusan nabi Sulayman a.s melalui jin-jin. Adakah semua itu dapat dilihat? Al-Quran telah menceritakan tentang kewujudan jin ini bukan hanya sekali.

firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Allah menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar dan Dia menciptakan jin daripada api yang bernyala“(surah al-Rahman:ayat 14-15)

Hai sekelian jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi(melintasi) setiap penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan“(surah al-Rahman:ayat 33)

Katakanlah(hai Muhammad):”telah diwahyukan kepadaku bahawasanya:sekumpulan jin telah mendengarkan(ayat al-Quran)lalu mereka berkata: sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan:“(surah al-Jin:ayat 1)

Hakikat jin dan syaitan

Kewujudan jin dan syaitan merupakan suatu kenyataan yang jelas yang tidak boleh dinafikan. Walaupun pandangan manusia tidak mampu melihat jin dan syaitan, ia bukanlah bukti yang dapat menafikan kewujudan mereka. Berapa banyak perkara-perkara yang di sekeliling manusia yang tidak mampu dilihat, seperti angin dan pancaran, tarikan graviti, tarikan magenet dan juga gelombang bunyi, semua itu tidak dapat dilihat tetapi dengan ilmu ia dapat dibuktikan kewujudan semua itu tanpa melihat dengan mata semata-mata. Bilamana manusia jahil mengenali hakikat dirinya, maka mustahil mereka dapat menguasai dan mengenali ilmu perciptaan yang indah dan hebat ini.

Takrif jin dan syaitan

Para ulama’ mentakrifkan jin dan syaitan itu ialah jisim-jisim ringan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kemampuan merubah diri mereka dengan berbagai-bagai bentuk. Mereka juga menzahirkan diri-diri mereka dalam bentuk-bentuk haiwan. Allah s.w.t mengurniakan kepada mereka akal, kefahaman dan kemampuan melakukan kerja-kerja berat yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Sebahagian ulama’ mentakrifkan jin dan syaitan sebagai haiwan yang mempunyai jirim-jirim yang ringan.

Para ulama’ berselisihan pendapat tentang asal-usul mereka sebagaimana mereka tidak berpesendapat tentang bagaimana kewujudan mereka. Ada yang berpendapat bahawa kesemua jin adalah di kalangan malaikat. Moga-moga pendapat ini tidak benar sama sekali kerana para malaikat tidak beranak pinak, tidak makan dan minum, dan tidak bersifat laki-laki mahupun wanita. Para ulama’ feqah menyatakan bahawa “sesiapa yang menyifatkan malaikat itu dengan lelaki mereka adalah orang-orang fasik, dan sesiapa yang menyifatkan malaikat itu dengan wanita, mereka adalah kafir”. Di sana terdapat satu pendapat yang menyatakan bahawa jin adalah satu jenis dan iblis adalah di kalangan mereka, dan jin itu adalah keturunan mereka“. Di kalangan jin ada yang panggil syaitan dan ada yang dinamakan Ifrit.

Jin dan syaitan

Kita mendengar dan melihat ramai manusia memperkatakan dan tertanya-tanya tentang jin dan syaitan, adakah mereka ini wujud disekitar manusia, hidup seperti mereka, melakukan perkara yang sama, ataupun sekadar tekaan akal yang menggambarkan mereka ini dengan rupa-rupa yang dibawa oleh khayalan fikiran manusia.

oleh itu, dengan ilmu yang terbatas tentang jin dan syaitan, moga-moga dalil-dalil syarak dan sejarah-sejarah yang telah dibawa oleh para ilmuan yang boleh dijadikan ikutan kata-kata mereka, pandangan-pandangan dan juga persaksian mereka akan menjadi peringatan kepada orang-orang mukmin dan memantapkan hati-hati yang berprasangka.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.